Politik Syed Ibrahim Syed Noh

Tuan Syed Ibrahim pernah menjadi Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) dan merupakan aktivis badan dakwah pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) serta Timbalan Presiden BERSIH 2.0.[2] Pada 10 Disember 2014, beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan PKR. Perkara ini diumumkan oleh YB Wan Azizah Wan Ismail.


Pada 2019, Presiden PKR Anwar Ibrahim telah berbincang dengan kesemua ketua-ketua cabang PKR Johor untuk melantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor yang baharu bagi menggantikan Tuan Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang) yang meletakkan jawatannya itu. Kesemua ketua cabang KEADILAN Johor menyokong pelantikan Syed Ibrahim sebagai Pengerusi MPN KEADILAN Johor yang baharu.